Saturday, August 6, 2011

Gua Damai X-treme Park

Dua hari sebelum berpuasa trekkerz sempat lagi membuat aktiviti di Gua Damai Extreme Park and Training Center Pinggiran Batu Caves anjuran Wira Adventures Consultant dan AADK dgn kerjasama Youngstone Adventures..






Seramai lebih kurang 40 org peserta menyertai aktiviti ini yg merangkumi aktiviti rock climbing , abseling , treking , caving dan flying fox antara yg terpanjang di malaysia...



Cuaca pada pg itu adalah hujan renyai2 dan sejuk sesuai untuk menyambung tidur tetapi untuk merasa dan mencuba aktiviti xtreme ni kami gagahkan juga ke petronas batu caves untuk berkumpul sebelum ke gua damai...sempat la minum2  dan sarapan pg sementara menunggu hujan berenti..


Lebih kurang jam 9.00 pg kami pun bertolak ker gua damai extreme park... sampai disana hujan masih rintik2 tetapi dgn semangat dari semua org aktiviti terus dijalankan..setelah di berikan sedikit taklimat aktiviti ..kami di pecahkan kepada dua kumpulan untuk mempercepatkan aktiviti.. group A akan membuat aktiviti treking, flying fox, caving dan absiling... manakala group B membuat aktiviti rock climbing..


Rock climbing dibahagikan kepada beberapa level.. memandangkan kebanyakan yg mengikuti aktiviti ini adalah org baru dlm aktiviti ini... kami di berikan 6 route dlm ketinggin 20 ker 30 kaki... kira level basic la..  waalupun basic tp agak mencabar bagi mereka yg x pernah buat aktiviti ni... ketarrr lututt !!!
Untuk keselamatan kami dibekalkan dgn alat2 safety seperti harness, karabiner, safety tali dan helmet...
Maka dgn bantuan tenaga pakar climbing... bermula la aktiviti rock climbing selama lebih kurang 3 jam ... kebanyakan ahli trekkerz dapat melepasi 3 route.. mmg terbaek la korang.. 











Untuk satu lagi aktiviti kami di siapkan dgn full body harness, helmet sebelum melakukan aktiviti treking..  laluan treking adalah untuk ke tempat melakukan aktiviti flying fox.. perjalanan mengambil masa dalam sejam.. berpeluh jugak la.. campur jalan yg licin selepas hujan memang sliding jer la... setelah sampai di pelantar flying fox.. muka2 cuak terbayang... dgn ketinggian dan jarak yg panjang.. tetapi dgn semangat ingin mencuba kami gagah kan juga.. sorg2 dilepaskan dari pelantar... bila dah berada di tengah2 rasa seronok lak...bila dah sampai kat bawah ade yg bekira2 nak buat sekali lg.. tetapi memandangkan masa yg x cukup kami pendam kan jer....




Selepas itu perjalanan di teruskan dgn sedikit pendakian sebelum masuk ke dalam gua damai,, melakukan aktiviti  melawat gua..keadaan yg gelap hanye di suluh cahaya headlamp...boleh la walaupun jarak yg dekat jer..perjalanan adalah menuruni batu2 menggunakan tali dan tangga yg telah di siapkan..



Di penghujung gua kita boleh melihat kg melayu Wira Damai pada ketinggian lebih kurang 100 meter dimana disitu kami akan lakukan aktiviti abseling...aktiviti abseling dari muka gua damai.... woww!! sgt mengujakan,, sorang2 menuruni dari muka gua damai.. dan akhirnye semua selamat tiba semula Gua damai xtreme park..
Semua peserta yg mengikuti aktiviti ini telah diberikan sijil oleh pengarah AADK daerah selayang,,,